Pada Julai lepas, OPPO telah melancarkan tablet pertamanya dalam pasaran tempatan iaitu OPPO Pad Air. Ia hadir dalam warna Fog Grey dan berharga RM1,099 untuk model 4/64GB dan RM1,299 untuk varian 4/128GB.
Seterusnya, OPPO Enco Air3 pada harga RM249 yang mula dijual pada Februari lalu. Kini, kedua-dua peranti itu telah mengeluarkan satu lagi warna baharu iaitu warna ungu.

OPPO Pad Air dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 680 yang dipasangkan dengan RAM 4GB. Terdapat juga bateri 7100mAh yang didakwa OPPO boleh bertahan sepanjang hari termasuk 12 jam menonton video dan sehingga 15 jam persidangan video.
Kemudian, OPPO Enco Air3 pula merupakan set fon telinga dengan pod pengecas lut cahaya. Ia mempunyai pemacu audio 13.4mm yang menyokong algoritma OPPO Audio Live bagi kesan bunyi yang lebih jelas. Kapasiti bateri 300mAh mampu bertahan sehingga 25 jam, selain turut melepasi penarafan kalis air IP54.
Anda boleh mula dapatkan peranti ini di kedai sah OPPO pada harga yang sama. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.






