OPPO kini memperkenalkan tablet terbaharu mereka dengan OPPO Pad SE yang direka untuk kegunaan harian, keluarga dan juga kerja. Tablet ini tampil dengan reka bentuk yang moden dan tahan lasak. Antara kelebihan utama OPPO Pad SE ialah bateri besar 9,340mAh yang cukup untuk tontonan video hingga 11 jam.
Ia juga menyokong pengecasan pantas 33W SUPERVOOC dan hadir dengan ciri penjimatan kuasa pintar untuk penggunaan lebih lama. Prestasinya pula dijamin lancar sehingga 3 tahun. Tablet ini dilengkapi skrin 11 inci dengan teknologi Eye-Care LCD, kecerahan 500 nits dan lapisan anti-pantulan yang mengurangkan silau hampir 97 peratus serta diiktiraf oleh TÜV Rheinland.


Untuk ibu bapa, OPPO Pad SE dilengkapi Kids Mode. Anda boleh kawal kandungan, masa skrin dan juga tetapan perlindungan mata untuk anak-anak. Tablet ini turut dilengkapi Google Gemini AI dan O+ Connect untuk sambungan lancar antara peranti OPPO.
OPPO Pad SE kini boleh ditempah hingga 24 Mei 2025 pada harga promosi RM599 (harga asal RM699). Pembeli awal juga boleh dapatkan sarung tablet eksklusif bernilai RM99 dengan hanya RM1. Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi OPPO atau kunjungi pengedar sah berhampiran anda.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.






