More

    OPPO raikan 6 tahun keahlian dengan jualan besar dan cabutan bertuah RM100,000!

    OPPO Malaysia meraikan ulang tahun ke-6 keahlian My OPPO dengan kempen khas “OPPO Members’ 6th Anniversary Sale” yang berlangsung dari 10 hingga 31 Oktober 2025. Pelbagai tawaran menarik sedia menanti anda seperti cabutan bertuah bernilai keseluruhan RM100,000, diskaun, Flash Sale, ganjaran berganda dan hadiah percuma untuk setiap pembelian terpilih.

    Sebagai tanda penghargaan kepada komuniti setia, setiap ahli yang membuat pembelian sepanjang kempen akan menerima dua kali ganda mata ganjaran menerusi aplikasi My OPPO App yang boleh ditebus untuk pelbagai hadiah menarik. Antara tarikan utama ialah Flash Sale untuk OPPO Find X8 Pro dan Find X8 dalam warna Pearl White dan Shell Pink yang kini dijual pada harga bermula RM3,399 dengan penjimatan sehingga RM700.

    Ahli OPPO turut layak menerima rebat tunai RM100 bagi model Find X8 Series (16/512GB). Untuk pembelian OPPO A6 Pro 5G, pelanggan akan menerima fon telinga wayarles bernilai RM129, My OPPO Care Plus selama setahun termasuk perlindungan skrin dan cecair bernilai RM828 serta tawaran PWP OPPO Enco Buds3 Pro hanya pada RM100.

    Dalam masa sama, OPPO turut memperkenalkan harga baharu lebih berpatutan untuk beberapa produk popularnya seperti OPPO A5 Pro (8/256GB) kini berharga RM699, OPPO Pad 3 berharga RM1,799 dan OPPO Enco X3i pada RM399. Sementara itu, OPPO Pad SE hadir dalam dua varian iaitu LTE (8/128GB) pada RM749 dan WiFi (8/128GB) pada RM699.

    Pembelian turut disertakan sarung lutsinar percuma serta pen kapasitif OPPO Smart Life bernilai RM198. Sebagai kemuncak sambutan, mana-mana pembelian telefon OPPO bernilai RM1,000 ke atas sepanjang tempoh promosi akan melayakkan pelanggan menyertai cabutan bertuah dengan hadiah bernilai keseluruhan RM100,000.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tawaran ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...