More

    OPPO Reno12 F 5G rasmi di Malaysia: Dimensity 6300 dan skrin FHD+ 120Hz 6.67″ bermula RM1,399

    OPPO telah melancarkan Reno12 F 5G di Malaysia, menambahkan siri Reno dengan telefon AI yang bergaya dan mampu milik. Reno12 F 5G juga membawa ciri-ciri AI canggih seperti AI Eraser 2.0 dan Penyingkiran Imej Pintar 2.0 untuk meningkatkan kreativiti dalam fotografi serta alat produktiviti AI seperti Ringkasan Rakaman AI dan Penulis AI.

    Dikuasakan oleh MediaTek Dimensity 6300, telefon ini adalah pilihan utama bagi pengguna yang ingin melangkah ke dunia Telefon Pintar AI. Skrin Adaptif Pintar 120Hz memastikan pengalaman visual yang jelas dan responsif, manakala ciri Splash Touch meningkatkan ketepatan penggunaan skrin dalam keadaan basah.

    Telefon ini juga mempunyai Perisai Serba Lengkap yang menyediakan perlindungan menyeluruh terhadap kejatuhan, calar, tekanan dan percikan air, menjadikan Reno12 F 5G tahan lasak dan mampu bertahan dalam pelbagai situasi.

    OPPO Reno12 F 5G menonjol dalam aspek fotografi dengan sistem kamera ultra-jelas yang merangkumi kamera utama 50MP, kamera makro 2MP, kamera ultra-lebar 8MP dan kamera swafoto 32MP. Mod Potret Pro dan Sentuhan Potret AI memastikan setiap potret yang diambil kelihatan tajam dan semula jadi.

    Dalam hal ketersambungan, teknologi AI LinkBoost dan Antena Keliling 360° memastikan prestasi rangkaian yang terbaik, manakala BeaconLink membolehkan komunikasi ad-hoc walaupun dalam situasi tiada liputan rangkaian. Dikuasakan oleh bateri besar 5,000mAh dengan pengecas Flash SUPERVOOC 45W, Reno12 F 5G memastikan pengguna kekal berhubung dan terhibur dengan pengecasan pantas dan prestasi bateri yang tahan lama.

    Berikut adalah spesifikasi ringkas OPPO Reno12 F:

    • Cipset MediaTek Dimensity 6300
    • Skrin FHD+ 120Hz 6.67 inci
    • 12GB + 256GB / 12GB + 512GB
    • Bateri 5,000mAh dengan pengecasan Flash SUPERVOOC 45W
    • Kamera belakang: Kamera utama 50MP, kamera makro 2MP, kamera ultra-lebar 8MP
    • Kamera swafoto 32MP
    • Warna: Amber Orange dan Olive Green

    OPPO Reno12 F 5G boleh didapati di kedai yang tersenarai dalam warna Jingga Amber dan Hijau Zaitun mulai 12 Julai di seluruh negara. Model 12GB + 256GB berharga RM1,399 dan model 12GB + 512GB berharga RM1,799 yang dijual secara eksklusif di semua saluran Telko. Untuk maklumat lanjut tentang OPPO Reno12 F, anda boleh layari laman web rasmi OPPO Malaysia.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured