More

    OPPO Reno3 Vitality rasmi di China dengan Snapdragon 765 dan RAM 8GB

    Masihkah anda ingat pada OPPO Reno3? Dengan berita tentang OPPO Reno3 yang agak berkurangan, kini OPPO membawa OPPO Reno3 edisi Vitality! Peranti ini secara rasminya telah muncul di laman web jd.com dan opposhop.cn untuk pra-tempahan.

    Sumber melaporkan perbezaan di antara OPPO Reno3 dan Reno3 versi Vitality ini adalah cipset MediaTek MT6885Z Dimensity 1000L yang digantikan dengan Qualcomm Snapdragon 765. Perbezaan juga ditemui pada kamera 48MP Reno3 versi Vitality berbanding kamera 64MP pada Reno3.

    Apa pun, perbezaan ini digantikan dengan prestasi pada RAM 8GB dan storan 128GB. Anda juga boleh memilih warna yang menarik mengikut citarasa anda seperti warna Moonlight Black, Sky Mirror White dan Streamer Gold.

    Kami masih tidak mempunyai maklumat rasmi tentang keberadaan OPPO Reno3 versi Vitality di Malaysia. Segala maklumat rasmi akan dimaklumkan kepada anda dengan kadar yang segera melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia. Adakah berita ini memuaskan hati anda? Beritahu kami di laman Facebook sekarang!

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    NEXAL Pad rasmi di Malaysia dengan skrin 2.5K 11″ dan bateri 10,000mAh berharga RM1,099

    NEXAL melancarkan tablet julung kalinya untuk pasaran tempatan menerusi penawaran NEXAL Pad. Peranti disasarkan untuk kegunaan produktiviti dan harian dengan menampilkan rekaan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...