More

    OPPO Reno4 Pro Edisi Galactic Blue rasmi di Malaysia: Pra-tempah sekarang, berharga RM2,399

    Melalui siaran langsung dari OPPO Malaysia, mereka kini tampil dengan dua varian baharu untuk OPPO Reno4 Pro. Secaa rasminya, kedua-dua varian ini diperkenal sebagai OPPO Reno4 Pro X Christy Ng dan OPPO Reno4 Pro X Pestle & Mortar. Anda boleh mula pra-tempah bermula sekarang hingga 25 September 2020 dengan harga RM2,399.

    Tentunya, kedua-dua varian tampil dengan kotak khas untuk setiap pelanggan yang membeli edisi khas Galactic Blue ini. Untuk varian Christy Ng, anda akan mendapat beg berwarna biru muda (bernilai RM119). Manakala untuk Pestle & Mortar, anda akan mendapat sehelai baju-T terhad (juga bernilai RM119).

    Sepintas lalu, edisi Galactic Blue hadir dengan spesifikasi sama dengan OPPO Reno4 Pro lain. Ia dilengkapi cipset Snapdragon 720G, RAM 8GB, storan 256GB, bateri 4000mAh dan cas pantas SuperVOOC 2.0 65W. Turut hadir, skrin AMOLED 6.55 inci 90Hz dan ciri kamera menarik AI Color Portrait, mod Night Flare, video Monochrome dan banyak lagi. Anda boleh pra-tempah disini.

    Adakah anda akan mendapatkannya? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured