More

    OPPO Reno4 SE mungkin hadir dengan cipset Dimensity 720 dan cas pantas 65W

    Telefon pintar kelas pertengahan keluaran OPPO, OPPO Reno4 dan Reno4 Pro sudah pun memasuki pasaran telefon pintar beberapa minggu yang lepas. Kini, sumber terbaru menyatakan bahawa satu lagi telefon pintar siri tersebut akan dilancarkan tidak lama lagi.

    Sebelum ini, terdapat sumber yang menyatakan sebuah telefon pintar dengan nombor model PEAM00/PEAT00 akan memasuki pasaran dengan cipset Mediatek Dimensity. Penyenaraian untuk peranti tersebut dari pusat pensijilan peralatan telekomunikasi, teena, menunjukkan bahawa ia akan hadir dengan cipset dengan lapan teras 2.0GHz dan merujuk kepada sumber terkini, ia mungkin akan hadir dengan cipset Dimensity 720.

    Untuk spesifikasi yang lain pula, OPPO Reno4 SE bakal hadir dengan skrin 6.43 inci AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 60Hz serta kadar pensampelan sentuhan 180Hz. Ia juga dijangka hadir dengan tiga kamera pada bahagian belakang dengan kamera utama 48MP dan satu kamera swafoto 32MP. Selain itu, Reno4 SE juga dijangka hadir dengan bateri 4,300 mAh serta cas pantas 65W.

    Nantikan berita terkini mengenai peranti ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured