More

    OPPO Reno5 mungkin akan tawarkan varian 4G, dilengkapi Snapdragon 720G

    Siri telefon pintar OPPO Reno5 akan dilancar pada 10 Disember ini dan setakat ini varian yang diramal adalah OPPO Reno5 5G, Reno5 Pro 5G dan Reno5 Pro+ 5G. Kini terdapat maklumat bahawa siri tersebut mungkin akan menawarkan sebuah lagi varian iaitu OPPO Reno5 4G.

    Reno5 4G mungkin akan dilengkapi cipset pertengahan Snapdragon 720G, skrin 6.43 inci dengan resolusi Full HD+ dan kadar segar semula 90Hz, RAM 8GB, storan dalaman 128GB, bateri 4,310mAh serta pengecasan pantas 50W.

    Daripada segi kamera ia mungkin dilengkapi empat kamera iaitu kamera utama 64MP, kamera ultra-lebar 8MP dan dua lagi kamera 2MP, manakala kamera swafoto pula adalah kamera 44MP.

    Sementara itu, sebuah lagi sumber mengatakan Reno5 4G sebenarnya sekadar realme 7 Pro yang dilengkapi SuperVOOC 50W dan kamera swafoto 44MP. Setakat ini masih tiada maklumat rasmi tentang varian 4G ini, jadi kita boleh lihat kesahihannya pada 10 Disember nanti.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured