More

    OPPO Reno5 F dilancar dalam warna baru, pelanggan akan terima hadiah bernilai RM238

    OPPO Malaysia hari ini akan menawarkan telefon kelas pertengahan OPPO Reno5 F dalam warna baru iaitu perak Crystal Silver. Pra-tempahan untuk warna baru ini akan dibuka bermula hari ini sehingga 5 Jun.

    OPPO Reno5 F telah dilancar pada bulan April lalu di mana ia dilengkapi pelbagai spesifikasi menarik seperti cipset Helio P95, skrin AMOLED Full HD+ 6.43 inci, kamera 48MP + 8MP + 2MP + 2MP, kamera swafoto 32MP, bateri 4,310mAh dan pengecasan 30W. Harga untuk warna baru ini adalah sama dengan harga asal iaitu RM1,199.

    Pra-tempahan boleh dibuat di OPPO Online Store, Shopee atau Lazada. 200 orang pelanggan pertama yang membuat pra-tempahan untuk telefon ini akan menerima hadiah percuma iaitu fon telinga wayarles OPPO Enco Buds dan 10,000mAh Remax Power Bank bernilai RM238.

    Beritahu kami di Facebook jika anda akan membelinya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Find X10 Pro Max tiba sebagai telefon pertama di dunia dengan tiga kamera...

    OPPO secara rasmi memperkenal peranti mercu terbaharu Find X10 Pro Max yang dijana oleh cip pemprosesan MediaTek Dimensity 9600 Pro. Sistem kamera...

    MediaTek umum Dimensity CX C10 Max, cip 3nm pertama khas untuk Googlebook

    MediaTek melancarkan pemproses baharu Dimensity CX C10 Max yang merupakan cip pertama di bawah siri siri Compute Experience (CX). Pemproses ini dibina...

    vivo OriginOS 7 dilancar dengan prestasi lancar hingga 72 bulan!

    vivo secara rasmi memperkenalkan sistem operasi OriginOS 7 yang direka untuk mengekalkan prestasi lancar menerusi ujian anti-penuaan makmal selama 72 bulan. Sistem...

    Googlebook diperkenal, laptop pertama direka khas untuk Gemini Intelligence

    Qualcomm Technologies mengumumkan kerjasama dengan Google untuk membawa platform Snapdragon X Elite ke laptop Googlebook iaitu kategori komputer riba baharu yang direka...

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia di Malaysia pada harga RM1,599 dan...

    Nothing melancarkan dua peranti baharu bagi pasaran Malaysia iaitu telefon pintar Nothing Phone (4b) dan fon telinga nirwayar Nothing Ear (3a). Nothing...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured