More

    OPPO Reno5 versi “gaming” dikesan dalam pengiktirafan Eropah

    Walaupun OPPO sudah pun melancarkan siri telefon kelas pertengahan OPPO Reno6, syarikat teknologi China itu nampaknya masih belum menamatkan siri OPPO Reno5 pada tahun ini. Terbaru, sebuah telefon OPPO yang mempunyai rekaan mirip Reno5 telah dikesan dalam pengiktirafan European Union Intellectual Property Office (EUIPO) di mana ia mungkin adalah sebuah telefon gaming.

    Telefon tersebut mempunyai rekaan yang agak futuristik, dengan warna hitam dan pelbagai garisan yang mewujudkan nilai esterika gamer. Bonggol kameranya pula adalah serupa dengan siri Reno5, begitu juga dengan butang suis di bahagian kanan dan kawalan audio di bahagian kiri.

    Skrinnya tidak mempunyai sebarang takuk (notch) atau lubang untuk kamera swafoto, satu ciri persamaan dalam setiap telefon gaming. Ia turut dilengkapi bicu audio 3.5mm, satu ciri yang penting dalam kategori telefon itu.

    Memandangkan ASUS dan Lenovo sudah pun menghasilkan telefon khas untuk gaming, mungkin sudah tiba masanya untuk OPPO turut berbuat sedemikian. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: 91 Mobiles

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured