More

    OPPO Reno6 5G mendapat tempat pertama dalam kedudukan global bateri DXOMARK

    OPPO Reno6 5G telah menduduki tempat pertama antara 40 telefon yang diuji dalam kedudukan global Bateri DXOMARK dengan skor keseluruhan 96. DXOMARK ialah syarikat teknologi Perancis yang merupakan peneraju antarabangsa dalam penilaian kualiti kamera telefon pintar, paparan, audio, bateri dan penggunaan elektronik lain seperti kamera serta pembesar suara.

    Ia dilengkapi dengan teknologi pengecasan pantas OPPO SuperVOOC 2.0 65W yang mengambil masa 35 minit untuk pengecasan penuh membawa skor 109 dalam kategori prestasi pengecasan. Peranti ini memperoleh lebih 10 jam autonomi dengan hanya 5 minit pengecasan sekiranya bateri di bawah kapasiti 50%. OPPO Reno6 5G turut mendapat skor tempat pertama 101 untuk kecekapan keseluruhan data protokol bateri.

    Dengan prestasi baik dalam ketahanan bateri, telefon itu mampu bertahan selama 57 jam dengan penggunaan sederhana mengatasi purata kategori daripada segi prestasi bateri ketika penggunaan aplikasi sosial, permainan, penstriman muzik dan video penstriman (selular dan Wi-Fi). DXOMARK mengukur prestasi bateri dalam tiga faktor iaitu pengecasan, ketahanan dan kecekapan selama lebih 150 jam dan 70 ukuran. 

    Reno6 5G menawarkan prestasi menyeluruh di samping set ciri pengimejan potret, reka bentuk Reno Glow dan sambungan 5G yang pantas. Sejak pengeluaran VOOC Flash Charge pada 2014, OPPO telah mengeluarkan lebih 30 peranti yang membawakan teknologi pengecasan pantas, mudah dan selamat kepada lebih 195 juta orang di seluruh dunia.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...