More

    OPPO Reno6 dikesan dalam talian, mungkin dilengkapi Dimensity 1200 dan cas pantas 65W

    Dua bulan lalu, OPPO telah melancarkan telefon siri Reno5 secara rasmi di Malaysia. Kini, berita mengenai telefon generasi barunya pula telah muncul dalam talian.

    Berdasarkan sumber, sebuah peranti OPPO dengan nombor model PEPM00 kini sedang dihasilkan dan beberapa tangkapan skrin peranti ini mengesahkan bahawa peranti ini adalah OPPO Reno6.

    Sebelum ini, peranti PEPM00 ini telah disahkan di pensijilan 3C dan ianya dilihat hadir dengan pengecasan pantas 65W, sama seperti yang ada pada OPPO Reno5 5G. Skrin OPPO Reno6 ini mungkin akan menyokong kadar segar semula 90Hz dan dilengkapi RAM 8GB dan storan 128GB.

    Sumber juga menyatakan peranti ini bakal hadir dengan cipset 6nm iaitu Mediatek MT6893, lebih dikenali sebagai Dimensity 1200. Tambahan lagi, peranti ini juga hadir dengan antara muka ColorOS 11 atas Android 11.

    Nantikan berita lanjut mengenai peranti ini di Facebook kami dan terus kekal Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured