More

    OPPO Reno6 Pro 5G muncul di pensijilan SIRIM, bakal masuki Malaysia hujung bulan ini!

    Berdasarkan sumber sebelum ini, OPPO dikatakan akan melancarkan siri Reno6 pada hujung bulan ini dengan tiga model berbeza iaitu Reno6, Reno6 Pro dan Reno6 Pro+. Tidak lama yang lalu, siri Reno6 dilihat telah melepasi pensijilan 3C. Kini, Reno6 Pro pula dikesan di pensijilan SIRIM.

    Pensijilan SIRIM mengesahkan bahawa sebuah telefon OPPO dengan nombor model CPH2247 telah dikesan dengan nama Reno6 Pro. Sebelum ini, model ini juga telah dikesan di pensijilan EEC di Eropah dan TKDN di Indonesia.

    Untuk spesifikasi, Reno6 dijangka akan dikuasai oleh cipset Dimensity 1200, manakala Reno6 Pro dan Pro+ dengan cipset Snapdragon 870 dan Snapdragon 888. Ketiga-tiga model ini mungkin akan hadir dengan bateri 4,5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 65W.

    Adakah anda menantikan siri Reno6 ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured