More

    OPPO Reno6 Z 5G akan dilancar pada 21 Julai, dilengkapi tiga kamera 64MP

    OPPO bakal melancarkan telefon kelas pertengahan OPPO Reno6 Z pada hari Rabu, 21 Julai jam 5:30 petang di Thailand (6:30 petang waktu Malaysia). Laman web untuk telefon tersebut telah pun dibina dalam laman web OPPO Thailand, di mana ia menyatakan telefon tersebut bakal dilengkapi tiga kamera 64MP.

    Selain itu, ia turut dilengkapi pengecasan pantas VOOC Flash Charge 30W dan sebuah cipset MediaTek Dimensity yang masih belum diperincikan dan akan menyokong rangkaian 5G. Telefon ini juga akan ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu biru muda dan hitam.

    Khabar sebelum ini mengatakan Reno6 Z bakal dilengkapi skrin AMOLED Full HD+ berukuran 6.43 inci, cipset Dimensity 800U, bateri 4,310mAh, RAM 8GB dan storan 256GB. Memandangkan ia akan dilancar di Thailand, terdapat kemungkinan besar bahawa ia akan turut dilancar dalam Malaysia. Siri OPPO Reno6 telah pun dilancar di China pada hujung bulan Mei lalu.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: OPPO Thailand

     

    Artikel Terkini

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured