More

    OPPO Reno7 Pro Edisi League of Legends dilancar: Miliki cipset Dimensity 1200 berharga (~RM2,653)

    OPPO dan Riot Games bekerjasama dalam edisi terhad Reno7 Pro League of Legends untuk pasaran China. Peranti ini mempunyai banyak perubahan visual jika dibandingkan dengan versi standard termasuk cat matte dengan warna yang bertukar di sekeliling bingkai dan kamera serta banyak barangan edisi terhad. 

    Peranti ini diinspirasikan oleh watak juara League of Legends iaitu Jinx di sebalik peranti dan meriam roket yang terdapat pada kotak yang diberikan. Terdapat sarung Jinx edisi terhad, pengecas 65W, dua lanyard dan pelekat. Ia juga hadir dengan dengan ikon dan animasi khas mengikuti tema edisi terhad ini.

    Bagi spesifikasi telefon, anda mendapat 12GB RAM dan storan 256GB, cipset MediaTek Dimensity 1200 Max 5G, paparan AMOLED 90Hz dan bateri 4,500mAh. OPPO Reno7 Pro League of Legends edisi berharga CNY 3,999 (~RM2,653) dan boleh didapati di China mulai 10 Disember.

    Setakat ini, masih tiada sebarang maklumat mengenai kehadirannya di Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...