More

    OPPO Reno7 Z 5G dilancar di Malaysia: SD 695 dan pengecasan pantas 33W pada RM1,699

    Pra-tempah bagi OPPO Reno7 Z 5G akan bermula dari 29 Mac 2022 hingga 1 April 2022. Anda berpeluang untuk mendapat hadiah percuma bernilai sehingga RM233 termasuk Bag Reno (bernilai RM109) dan tawaran Pembelian dengan Pembelian (PWP) untuk pembelian Enco Air2 bersama Reno7 Z 5G. Pra-tempahan boleh dibuat di kedai rasmi OPPO, kedai dalam talian rasmi OPPO dan Shopee.

    Mulai hari ini hingga 10 April 2022, Shopee menawarkan kepada 100 pelanggan pertama yang membeli Reno7 Z 5G layak untuk mendapat hadiah percuma bernilai sehingga RM129 termasuk Rebat ShopeePay RM50 (diaktifkan di ShopeePay) dan cawan sedutan keluli tahan karat bernilai RM79. Pelanggan juga akan mendapat 10 tiket penyertaan untuk menyertai cabutan bertuah dan membawa pulang hadiah bernilai sehingga RM2,526.

    Cabutan bertuah akan berlangsung sehingga 8 April 2022 dan pemenang akan berpeluang membawa pulang OPPO Reno7 Z 5G baharu (bernilai RM1,699), OPPO Enco Air2 (bernilai RM249) dan banyak lagi. Klik di sini untuk ketahui maklumat lanjut mengenai cabutan bertuah Shopee dan klik di sini untuk membuat pra-tempah OPPO Reno7 Z 5G melalui Shopee.

    Jualan pertama akan bermula pada 2 April 2022. Pembelian jualan pertama Reno7 Z 5G boleh didapati di semua My OPPO Space, kedai OPPO, kedai dalam talian rasmi OPPO, rakan kongsi Telco, rakan kongsi E-comm dan rakan kongsi rantaian kedai bermula pada 2 April manakala jualan di Lazada akan bermula pada 9 April 2022.

    OPPO Reno7 Z 5G membawa bateri 4,500mAh yang menyokong pengecasan pantas sehingga 33W, dwi-sim 5G dan Android 11 di atas ColorOS 12. Ia menampilkan bicu fon kepala 3.5mm, storan yang boleh dibesarkan sehingga 1TB dan NFC. Anda boleh dapatkan peranti ini dalam warna Cosmic Black dan Rainbow Spectrum pada harga RM1,699 bagi varian 8GB/128GB.

    Selain itu, ia menggunakan cipset Qualcomm Snapdragon 695, skrin AMOLED 6.43 inci dengan resolusi FHD+, kadar penyegaran semula 60Hz (standard) dan kadar pensampelan sentuhan sehingga 180Hz. Dari segi kamera, Reno7 Z 5G mempunyai tri-kamera 64MP (utama) + 2MP (monokrom) + 2MP (makro) dan menyokong imej Potret Suar Bokeh. Kamera swafoto menampilkan 16MP dengan apertur f/2.4 dan medan pandangan 79 darjah.

    Anda boleh layari laman web rasmi OPPO untuk ketahui maklumat lanjut tentang OPPO Reno7 Z 5G. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...