More

    OPPO sedang hasilkan cipset sendiri, bakal dilancar 2024

    Prestasi telefon pintar sering terganggu oleh kuasa bateri dan haba. Hal ini dapat diselesaikan oleh OPPO dengan penghasilan perkakasan seperti MariSilicon X dan cip MariSilicon Y yang baharu. Namun, ia bukan penyelesaian yang menyeluruh kerana OPPO memerlukan cipset sendiri untuk melengkapkan sebuah telefon pintar yang mantap.

    Melalui sumber, OPPO sedang merancang untuk memperkenalkan cipset telefon pintarnya sendiri pada tahun 2024. OPPO didakwa telah mengupah beribu-ribu orang untuk bekerja dalam projek itu tetapi malangnya tiada butiran lanjut buat masa ini.

    Ia mungkin menghasilkan cip berasaskan ARM yang akan menggunakan CPU Cortex dan GPU Mali dengan reka bentuk MariSilicon yang sesuai untuk ciri seperti ISP serta sambungan wayarles. Tahun lepas MediaTek mengumumkan Seni Bina Sumber Terbuka Dimensity 5G dan membenarkan cipsetnya untuk dibuat penyesuaian oleh pembuat telefon pintar.

    Tahun lalu, terdapat khabar angin bahawa OPPO berminat untuk membina cipset TSMC berdasarkan proses nod 3nm. Laporan itu mendakwa bahawa telefon pertama dengan cipset baharu akan tiba pada tahun 2023. Tetapi proses membuat cipset TSMC 3nm mengalami beberapa kelewatan yang mungkin menyebabkan rancangan tersebut tertunda.

    Cip MariSilicon X dibuat melalui proses 6nm TSMC. Hal ini menunjukkan jadi kedua-dua syarikat mempunyai hubungan yang baik. Sama-sama kita nantikan telefon pintar dengan cipset pertama daripada OPPO. Apa pendapat anda tentang cipset yang bakal dihasilkan oleh OPPO ini?

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: Ice Universe

     

    Artikel Terkini

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro diperkenal di Malaysia dengan bateri 108.7kWh, jarak...

    BMW Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu iaitu model pengeluaran pertama dalam barisan Neue Klasse untuk...

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured