More

    OPPO ubah strategi kualiti dengan Apex Guard — fokus pada ketahanan masa depan

    OPPO memperkenalkan Apex Guard yang merupakan satu inisiatif baharu memfokuskan kepada ketahanan, kebolehpercayaan dan kelancaran jangka panjang telefon pintar. Ia menandakan perubahan strategi OPPO dalam memastikan peranti kekal stabil dan tahan digunakan selama bertahun-tahun.

    Apex Guard dibina berasaskan tiga teras iaitu binaan lebih kukuh, hayat peranti lebih panjang dan standard ujian lebih ketat. OPPO kini menggunakan ultra-high-strength steel, aloi aluminium gred aeroangkasa AM04 dan perlindungan Armour Shield untuk meningkatkan ketahanan terhadap jatuhan, air serta kehausan harian.

    Bateri silicon-carbon turut digunakan untuk menambah 400 kitaran hayat sel untuk membantu daya tahan peranti dalam tempoh yang lebih lama. Daripada aspek perisian, ColorOS 16 menawarkan enjin animasi baharu untuk peralihan lebih lancar manakala Chip-Level Dynamic Frame Sync menstabilkan janaan ketika multitugas berat.

    Teknologi Sensor-Offload mengurangkan penggunaan kuasa semasa rakaman 4K 60fps dengan memindahkan sebahagian operasi ke cipset. Ciri Instant Refresh untuk peranti mampu milik membantu mengurangkan fragmentasi data. Setiap peranti akan melalui simulasi penuaan 48, 60 atau 72 bulan bagi memastikan prestasi kekal konsisten.

    OPPO turut menggunakan standard dalaman seperti Parallel Animation Standard 6 Zero untuk memastikan aplikasi dibuka dan ditukar tanpa sangkut. Apex Guard secara keseluruhannya menunjukkan komitmen OPPO untuk membina peranti yang lebih tahan lama dan lancar untuk jangka masa panjang.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: OPPO

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...