More

    OPPO Watch 2 edisi ECG dilancar: Miliki ciri pengukur kesihatan & eSIM berharga ~RM1,600

    OPPO Watch 2 telah dilancarkan beberapa bulan lalu dan kini syarikat itu telah melancarkan sebuah lagi jam tangan pintar iaitu OPPO Watch 2 edisi ECG.

    OPPO Watch 2 edisi ECG dilengkapi panel skrin 3D AMOLED 1.91 inci dan badan yang diperbuat daripada keluli tahan karat 316L, kaca sapphire dan seramik. OPPO menyediakan tiga pilihan tali iaitu tali getah yang mempunyai corak garisan, tali kulit dari Itali dan tali magnetik.

    Selain itu, ia juga memiliki sensor ECG dengan pengesanan setiap milisaat dan pengesanan degupan jantung 24 jam untuk memberitahu pemakainya jika berlaku frekuensi degupan jantung yang tidak normal. Seterusnya, jam tangan pintar ini hadir dengan sensor SpO2 yang mana ia berfungsi sebagai pengesan oksigen dalam darah ketika tidur.

    Spesifikasi lain peranti ini adalah ia dikuasakan oleh GoMore, haiwan peliharaan versi maya yang menujukkan tahap kesihatan pengguna, eSIM,  teknologi dwi-enjin UDDE hibrid untuk jangka hayat bateri lebih lama, menyokong 60 jenis aplikasi gaya hidup dan bateri berkapasiti 510mAh dengan sokongon pengecasan pantas VOOC.

    OPPO mengatakan bahawa jangka hayat baterinya boleh mencecah sehingga 16 hari bergantung pada mod yang digunakan. OPPO Watch 2 edisi ECG berharga ¥2499 (~RM1,600) dan ia sudah sedia menerima pra-tempahan di China.

    Apa-apa pun kami masih belum menerima maklumat lanjut mengenai keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan jam tangan pintar ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured