More

    OPPO Watch S dilancar dengan skrin AMOLED, 100+ mod sukan dan hayat bateri 10 hari berharga RM799

    Pelengkap kepada rangkaian siri produk OPPO Malaysia yang dilancarkan hari ini ialah OPPO Watch S. Jam ini menampilkan badan keluli tahan karat ultra-ringan setebal 8.9mm dan berat 35 gram. Terdapat dua pilihan tali iaitu Silver Green dengan tali nilon tenunan ringan, selesa dan antibakteria serta Phantom Black dengan tali fluoroelastomer.

    Skrin 1.46 inci AMOLED dilengkapi bezel 2.8mm, nisbah skrin-ke-badan 75% dan kecerahan maksimum 3,000 nits. Jam ini menyokong lebih 350 muka jam tersuai dan pelbagai widget. Menariknya, OPPO Watch S menawarkan lebih 100 mod latihan dan pemantauan untuk 12 jenis sukan popular termasuk larian, badminton, tenis dan renang.

    Teknologi GPS dwi-bantuan membolehkan penjejakan lokasi tepat manakala metrik larian termasuk masa, kalori, kadar jantung serta data lanjutan seperti masa sentuhan tanah, osilasi menegak dan kadar jantung ambang laktat. Jam ini dilengkapi sensor canggih termasuk sensor jantung lapan saluran, oksigen darah 16 saluran dan suhu pergelangan.

    Fungsi Wellness Overview 60 saat mengumpulkan sembilan indikator kesihatan utama termasuk kadar jantung, oksigen darah, skor tidur dan tekanan dalam satu penilaian cepat. Analisis tidur menjejak kadar jantung tidur, kadar pernafasan, tidur nyenyak dan tidur singkat sekurang-kurangnya 20 minit serta menghasilkan laporan tidur peribadi.

    OPPO Watch S menyokong peranti Android dan iOS serta boleh dipasangkan dengan dua telefon pintar serentak. Bateri 330mAh memberikan hayat sehingga 10 hari dengan pengecasan pantas 10 minit untuk penggunaan sehari penuh. Jam ini juga mempunyai ketahanan fizikal termasuk kaca lengkung 2.5D, kalis habuk dan air IP68 serta kalis air 5ATM.

    Di Malaysia, OPPO Watch S ditawarkan dalam Phantom Black pada harga RM799 dan Silver Green RM899. Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik di sini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured