More

    OPPO Watch X dilancar di Malaysia: GPS dwi-frekuensi & hayat bateri lama berharga RM1,399

    OPPO melancarkan jam pintar terbarunya, OPPO Watch X yang menjanjikan prestasi unggul dalam pemantauan kecergasan dan daya tahan bateri. Diperkenalkan dengan teknologi GPS dwi-frekuensi dan pelbagai ciri pemantauan kecergasan eksklusif, jam ini menyediakan hingga 100 jam jangka hayat bateri dan dilengkapi dengan Wear OS 4 untuk sambungan pintar dan akses kepada ekosistem aplikasi Google Play.

    OPPO Watch X menampilkan GPS dwi-frekuensi yang dapat menerima isyarat GPS L1 dan L5 untuk ketepatan lokasi yang lebih baik semasa bersukan seperti berlari, berbasikal atau berjalan. Jam ini juga dilengkapi dengan ciri pengenalan sukan automatik dan pengenalan postur larian, membolehkan pengguna mengenal pasti aktiviti fizikal mereka dan memantau prestasi dengan lebih baik.

    Terdapat juga pemantauan kesihatan pintar lain seperti pemantauan tidur, kadar pernafasan dan tekanan darah. Dengan sensor yang lebih tepat, jam ini membolehkan pengguna memantau kadar denyutan jantung dan kadar oksigen darah mereka dengan lebih baik, sambil juga memantau tahap stres menggunakan variasi denyutan jantung (HRV).

    Aplikasi serbaguna yang lancar disokong oleh Wear OS menyediakan akses kepada aplikasi Google seperti Google Assistant, Google Maps dan Google Play serta menawarkan sambungan yang lancar dengan telefon pintar OPPO atau Android lain. Ia mempunyai bateri 500mAh dan teknologi pengecasan Watch VOOCTM Flash Charging, yang membolehkan pengguna menikmati penggunaan selama beberapa hari.

    Reka bentuk elegan dan kukuh OPPO Watch X menggabungkan fungsi holistik dan prestasi hebat dalam reka bentuk yang menawan. Skrin AMOLED 1.43 inci yang besar menjanjikan pengalaman visual yang nyata sementara reka bentuk yang tahan lasak dan pelbagai ciri penambahbaikan lain menjadikannya pilihan yang berkualiti untuk pengguna yang aktif.

    Ia membawa harga RM1,399 dalam dua pilihan warna iaitu Mars Brown dan Platinum Black di mana pembelian antara 29 Februari hingga 21 April boleh menikmati diskaun RM100 serta pilihan untuk menambah tali jam tambahan dengan hanya RM1.

    Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web OPPO Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured