More

    OPPO Watch X3 dan Enco Clip2 turut rasmi di Malaysia dengan harga bermula RM799

    Selain Find X9 Ultra dan Find X9s, OPPO turut melancarkan beberapa produk baharu merangkumi jam pintar dan audio dengan OPPO Watch X3 serta fon telinga terbuka OPPO Enco Clip2. Watch X3 tiba dengan binaan aloi titanium gred aeroangkasa dengan berat hanya 43g dan ketebalan 11mm. Ia ditawarkan dalam dua rekaan iaitu Mystic Titanium (gaya sporty) manakala Obsidian Black (gaya klasik).

    Ia dilengkapi kapasiti 646mAh menggunakan teknologi silikon karbon dan mampu bertahan sehingga 5 hari dalam mod pintar serta sehingga 16 hari dalam mod penjimatan kuasa. Sistemnya menyokong seni bina dwi-enjin yang menggabungkan cip prestasi berasaskan Wear OS dan MCU berkuasa rendah berasaskan RTOS untuk pengurusan tenaga lebih efisien.

    Untuk fungsi kesihatan dan kecergasan, Watch X3 menyokong lebih 100 mod sukan serta pemantauan kadar denyutan jantung, ECG dan analisis HRV. Fungsi “Gambaran Keseluruhan Kesihatan 60 Saat” membolehkan pengguna melihat pelbagai indikator kesihatan utama secara serentak. Peranti turut mempunyai penarafan IP69 untuk perlindungan dalam persekitaran lasak.

    Watch X3 menjalankan Wear OS 6 dengan integrasi ekosistem Google termasuk sokongan aplikasi seperti Google Maps, Google Wallet dan YouTube Music. Ia juga menyokong interaksi pembantu AI Gemini secara terus pada jam. Selain itu, OPPO turut memperkenalkan Enco Clip2 iaitu fon telinga jenis terbuka yang menumpukan kepada keselesaan pemakaian.

    Ia menggunakan struktur arka aloi memori nikel-titanium dan berat hanya 5.2g setiap unit. Untuk audio, Enco Clip2 dilengkapi pemacu dinamik berkembar 9mm + 11mm serta seni bina DAC berkembar. Penalaan bunyi dibuat dengan kerjasama Dynaudio bagi menghasilkan profil audio yang lebih seimbang. Fon telinga turut menggunakan teknologi medan bunyi dipol untuk mengurangkan kebocoran audio serta mikrofon pengaliran tulang bersama pembatalan hingar AI.

    Ia menyokong pelbagai fungsi seperti kawalan gestur, sambungan dwi-peranti, kawalan kamera jauh dan ciri terjemahan AI. Di Malaysia, Enco Clip2 ditawarkan pada harga RM799 manakala Watch X3 ditawarkan pada harga RM1,599 (Mystic Titanium) dan RM1,499 (Obsidian Black) dengan tempahan dibuka sehingga 7 Mei 2026.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...