More

    Orang ramai boleh balik merentas negeri mulai 25 April, mohon melalui Gerak Malaysia

    Bermula 25 April ini, orang ramai yang ingin pulang ke ibu kota dengan merentas negeri boleh berbuat demikian melalui permohonan. Ismail Sabri menyatakan bahawa permohonan merentas negeri boleh dibuat melalui aplikasi Gerak Malaysia.

    Sepintas lalu, aplikasi Gerak Malaysia yang dibangunkan oleh Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) adalah berdasarkan model pengesanan yang sama seperti yang telah wujud di China dan Korea Selatan. Aplikasi ini terdahulunya dicadangkan untuk pemaparan kod QR bagi menandakan jika anda pernah ke kawasan kontak positif COVID-19. Bukan itu sahaja, jika anda tidak bergejala, pihak berkuasa yang bertugas di sekatan jalanraya boleh melihat jarak perjalanan anda.

    Untuk menggunakan aplikasi Gerak Malaysia, anda boleh memuat turunnya di Google Play Store dan App Store, kemudian rujuk cara mendaftar disini. Prosedur untuk pergerakan merentas negeri juga akan diumumkan kemudian. Untuk orang ramai yang tidak mempunyai kemudahan telefon pintar, anda boleh menetapkan temujanji dengan balai berdekatan, khusus untuk permohonan merentas negeri.

    Keputusan ini bagaimanapun bakal mengambil masa memandangkan ia bergantung kepada maklumat melalui aplikasi dan saranan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Berkemungkinan, pemohon akan dapat bergerak rentas negeri selepas 1 Mei. Setakat ini, hanya aspek permohonan sahaja yang dilihat jelas.

    Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured