More

    OUKITEL WP6 dengan bateri seperti powerbank 10,000mAh, tahan 30 hari berharga ~RM1261

    Anda mungkin tidak pernah mendengar jenama telefon ini atau mungkin pernah mendengarnya dengan jolokan nama peranti berbateri gergasi. OUKITEL WP6 kini dengan bateri berkapasiti gergasi 10,000mAh dilaporkan sedang dijual dengan harga yang agak rendah di AliExpress.

    Angka 10,000mAh biasanya hanya sinonim dengan kapasiti bateri powerbank. Lebih menarik, telefon pintar dengan kuasa powerbank ini semestinya boleh mengecas peranti lain juga. OUKITEL WP6 ini hadir dengan cipset Helio P70 bersama RAM 6GB dan storan 128GB. Turut tampil bersama adalah tetapan kamera quad 48MP dan skrin FHD+ 6.3 inci, rating IP68 dan kamera selfie 16MP. Spesifikasi asasnya adalah standard untuk peranti kelas pertengahan kecuali bateri berkapasiti gergasi yang dikatakan mampu bertahan selama 30 hari dalam mod standby.

    Harga asal peranti varian 6GB+128GB ini adalah bermula pada $333.32 (~RM1,449) di AliExpress, namun kelihatannya terdapat sedikit potongan harga yang menjumlahkan harga hanya $289.99 (~RM1,261). Anda boleh melihat harga varian lain di pautan ini. Apa pun, jika anda menjumpai peranti ini di laman e-dagang Malaysia, mungkin ia dijual dengan harga asal.

    Menurut pandangan peribadi kami, peranti ini sangat sesuai untuk dibawa menjelajah hutan atau mengembara ke temat dengan kemudahan yang kurang. Apakah pandangan anda pula? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: 1 | 2

     

    Artikel Terkini

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Internet terbuka jadi punca, Gemini AI ceroboh 3 syarikat sebenar

    Google mengesahkan model kecerdasan buatan Gemini menceroboh sistem keselamatan tiga syarikat luar ketika ujian keupayaan keselamatan siber dijalankan oleh firma pihak ketiga,...

    Samsung pindah pengeluaran DDR5 kepada pihak ketiga, utamakan pembungkusan HBM

    Samsung Electronics merancang untuk menyerahkan pengeluaran tambahan modul memori DDR5 dan SSD kepada syarikat pembungkusan dan ujian pihak ketiga (OSAT).

    Had subsidi elektrik naik daripada 600 kepada 800 kWj mulai September ini

    Kerajaan memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan subsidi bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan. Pelaksanaannya berkuat kuasa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured