More

    PADU antara carian Google paling popular di Malaysia pada Januari 2024

    Bulan berganti bulan dan Google telah mendedahkan laporan mengenai carian paling popular untuk Januari 2024. Carian paling popular ialah Pangkalan Data Utama (PADU) yang merupakan pangkalan data sosio-ekonomi bersepadu baharu negara yang dilancarkan secara rasmi pada 2 Januari.

    Ia mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen apabila mereka mula log masuk buat kali pertama. Carian Google untuk bulan ini lebih kearah segmen sukan kerana pelbagai kejohanan diadakan termasuk carian AFC Asian Cup untuk perlawanan Bahrain vs Malaysia / Japan vs Indonesia.

    Piala Asia AFC yang sedang berlangsung di Qatar terus menarik peminat apabila Bahrain menewaskan Malaysia 1-0 pada saat akhir Kumpulan E. Menariknya, terdapat dua carian yang popular dikaitkan dengan Lee Zii Jia yang mana beliau telah menyertai Indonesia Masters 2024 dan India Open 2024.

    Pemain kesayangan Malaysia itu terpaksa akur kerana tersingkir akibat keracunan makanan dan faktor lain. Selain itu, carian terhadap FIFA 2024 Rankings juga mendapat perhatian kerana peminat bola sepak meneliti kedudukan FIFA terkini di mana Argentina, Perancis dan England berkongsi kedudukan teratas.

    Carian popular lain untuk segmen bola sepak ialah perlawanan Nottingham Forest vs Arsenal yang menyaksikan Arsenal menewaskan Nottingham Forest 2-1 dan pelawanan Al Hilal vs Inter Miami yang ditunggu-tunggu kerana pertembungan dua lagenda iaitu Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

    Selain bola sepak, sukan tenis turut menjadi topik carian rakyat Malaysia untuk kejohanan Australian Open di Melbourne Park yang menyaksikan juara bertahan Novak Djokovic dikalahkan oleh Jannik Sinner yang kemudiannya memenangi gelaran Grand Slam pertamanya.

    Untuk segmen hiburan, terdapat dua carian paling popular iaitu Badland Hunters yang dibintangi oleh Don Lee, Lee Hee-jun dan Lee Jun-young dan 你也有今天 (My Boss) yang merupakan siri drama komedi Cina.

    Adakah anda salah seorang penyumbang kepada jumlah untuk carian popular ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured