More

    Pahang sasar jadi hab EV dengan bina kilang, pengecasan di Pantai Timur

    Pahang bertekad menjadi hab utama pemasangan dan pembuatan kenderaan elektrik (EV) di Pantai Timur Malaysia. Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Industri, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Mohamad Nizar Najib mengumumkan hasrat ini semasa sesi penggulungan Bajet Pahang 2025 semalam.

    Menurut beliau, permintaan terhadap EV semakin meningkat dengan data Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan jualan EV meningkat dua kali ganda kepada 10,663 unit pada penggal pertama 2024 berbanding 4,409 unit pada tempoh yang sama tahun lalu. Peningkatan ini mencerminkan perubahan besar dalam pasaran automotif negara.

    Walaupun negeri-negeri di Pantai Barat seperti Selangor dan Melaka menjadi tumpuan pengeluar EV kerana faktor logistik, Pahang berazam untuk menjadi pilihan kompetitif di Pantai Timur. Nizar turut menegaskan bahawa Landasan Rel Pantai Timur (ECRL) yang menghubungkan laluan Pelabuhan Klang-Kuantan akan terus dipromosikan sebagai kelebihan negeri ini.

    Kerajaan negeri Pahang melabur RM250 juta untuk membangunkan 50 stesen pengecas EV di seluruh negeri. Daerah Bentong dipilih sebagai lokasi perintis dengan 12 stesen sedang dirancang dan satu stesen kini dalam pembinaan. Pahang turut berminat menarik pelaburan dalam sektor pusat data walaupun skala negeri ini masih kecil berbanding Kuala Lumpur dan Johor.

    Langkah ini dijangka mengukuhkan kedudukan Pahang sebagai pemain utama dalam sektor teknologi dan automotif di Malaysia. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Bernama

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured