More

    Pakej HBO Max dan Viu dilancar di Malaysia, bermula RM33.90

    Beberapa bulan lalu, kami melaporkan bahawa HBO Max dan Viu akan bergabung bagi menyediakan sebuah pakej streaming khas. Kini, HBO Max & Viu Bundle akhirnya sudah ditawarkan untuk pasaran Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand bagi menawarkan pakej hiburan pertama seumpamanya di rantau Asia Pasifik.

    Pakej ini akan ditawarkan untuk para pengguna di Malaysia pada harga RM33.90 sebulan dan ia menggabungkan pelan HBO Max Standard dan Viu Premium dalam satu pakej. Untuk makluman, HBO Max Standard membenarkan dua peranti untuk menonton pada masa yang serentak dalam resolusi Full HD.

    Viu Premium pula menawarkan manfaat seperti yang berikut:

    • Tonton semua kandungan yang ditawarkan dalam Viu
    • Tiada iklan
    • Tonton secara luar talian, muat turun tanpa had
    • Sarikata bahasa Melayu yang tepat
    • Tonton sehingga lima peranti serentak
    • Tonton dalam telefon pintar, televisyen pintar, tablet, komputer
    • Resolusi Full HD (1080p) dalam semua peranti

    Pelanggan HBO Max boleh menonton pelbagai siri televisyen yang popular seperti The Pitt, The Last of Us, IT: Welcome to Derry dan Peacemaker. Anda juga boleh menonton pelbagai filem dan siri televisyen klasik seperti Friends, The Big Bang Theory dan siri filem Harry Potter, serta filem-filem terkini seperti One Battle After Another, The Conjuring: Last Rites, Weapons dan Superman.

    Viu pula menawarkan kandungan khas dari pelbagai negara Asia, termasuklah drama-drama Korea seperti Taxi Driver 3, Undercover High School, Running Man (2025), Exchange 4, Moon River dan banyak lagi.

    Anda boleh dapatkan pelan ini melalui laman web HBO Max atau Viu. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...