More

    Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap diumum, data internet tanpa had berharga RM69/bulan

    Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengumumkan Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap baharu bertujuan menyediakan internet mampu milik untuk golongan B40, veteran, orang kelainan upaya (OKU) dan warga emas. Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap menyediakan jalur lebar berkelajuan tinggi sehingga 30Mbps tanpa had pada harga RM69/bulan.

    Menurut kenyataan rasmi, pelan jalur lebar B40 akan ditawarkan mulai Mac 2023 dan ia akan terikat dengan kontrak selama 24 bulan. Beliau menambah bahawa pelan RM69/bulan adalah 22% lebih mampu milik daripada apa yang ada di pasaran yang biasanya ditawarkan pada harga RM89/bulan.

    Ini bermakna penjimatan sebanyak RM480 sepanjang tempoh kontrak 24 bulan. Fahmi menambah, pakej jalur lebar mampu milik itu dijayakan dengan sokongan daripada penyedia jalur lebar seperti Telekom Malaysia (TM), CelcomDigi, Maxis, U Mobile, YTL, Time dan Astro.

    Tambahnya, inisiatif itu bukan sahaja selaras dengan cita-cita mengurangkan beban rakyat tetapi juga sebagai petunjuk bahawa kerajaan prihatin terhadap keperluan dan kesejahteraan rakyat serta memastikan ketersambungan digital mampu milik selaras dengan Konsep MADANI Malaysia.

    Apa pendapat anda tentang inisiatif kerajaan ini? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: Astro Awani

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured