More

    Pakistan larang TikTok sekali lagi kerana kandungan video “tidak bermoral”

    Mahkamah Tinggi Peshawar di Pakistan memutuskan untuk melarang aplikasi TikTok sekali lagi dalam negara itu, susulan daripada petisyen awam yang menggesa aplikasi media sosial itu diharamkan. Pentadbiran Telekom Pakistan (PTA) telah mengeluarkan kenyataan rasmi di mana semua syarikat telekomunikasi dalam Pakistan perlu halang akses kepada TikTok serta-merta.

    Ketua Hakim Qaiser Rashid Khan mengatakan video TikTok menggalakkan perlakuan tidak senonoh di kalangan masyarakat dan menyediakan kandungan video yang tidak bermoral. Beliau mengatakan aplikasi itu akan terus diharamkan selagi TikTok tidak bekerjasama dengan PTA dalam membuang kandungan yang tidak senonoh.

    TikTok membantah keputusan kerajaan mahkamah Pakistan dan mengeluarkan kenyataan rasmi mengatakan ia adalah platform yang dibina atas dasar kebebasan berkreatif dan telah berusaha dalam membuang kandungan yang tidak senonoh daripada aplikasi itu. Malah, mereka telah menubuhkan kumpulan khas dalam bahasa tempatan untuk menyelia kandungan TikTok buat pengguna Pakistan.

    TikTok mempunyai lebih 20 juta pengguna aktif bulanan di Pakistan. Sebelum ini, aplikasi itu telah diharamkan oleh kerajaan Pakistan atas sebab yang sama namun larangan tersebut telah dibatalkan sepuluh hari kemudian selepas pengurusan TikTok menjamin kawalan kandungan dalam aplikasi itu.

    TikTok juga telah mengalami kesukaran di Amerika Syarikat, India dan Itali atas dasar keselamatan. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Al Jazeera

     

    Artikel Terkini

    Samsung janji 5 tahun sokongan kemas kini Untuk Galaxy Watch9 Dan Watch Ultra2

    Samsung secara rasmi mengumumkan peningkatan polisi sokongan perisian bagi jam tangan pintar terbaharunya iaitu Galaxy Watch9 dan Galaxy Watch Ultra2 sewaktu acara...

    Qualcomm bakal lancar SD 8 Elite Gen 5 lebih murah untuk telefon “flagship killer”

    Qualcomm didakwa sedang menghasilkan versi baharu bagi cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dijadualkan dilancarkan ke pasaran lewat tahun ini. Cip...

    Google kini benarkan log masuk akaun guna video selfie

    Google secara rasmi memperkenalkan kaedah log masuk baharu menerusi rakaman video selfie bagi pengguna yang terputus akses atau terkunci daripada Akaun Google...

    Siri HUAWEI Pura 90s tersedia di Malaysia — Dilengkapi kamera 200MP bermula RM3,699

    HUAWEI secara rasmi melancarkan siri HUAWEI Pura 90s dan fon telinga terbuka HUAWEI FreeClip 2 S untuk pasaran Malaysia. Model utama HUAWEI...

    HMD mahu hidupkan semula pengalaman Nokia Lumia pada Android

    HMD Global dilaporkan sedang menguji antaramuka pengguna berasaskan rekaan tile yang menyerupai konsep Live Tiles daripada era Lumia dan Windows Phone. Maklumat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured