More

    Pandai main MLBB? Uji skil anda dalam OPPO X Mobile Legends Bang Bang Tournament!

    Jika anda merupakan seorang pemain game popular Mobile Legends Bang Bang (MLBB), anda dijemput untuk menyertai pertandingan OPPO X Mobile Legends Bang Bang Tournament yang akan berlangsung di Kuala Lumpur, Selangor dan Johor pada bulan ini dan September.

    Berikut adalah tiga tarikh dan lokasi untuk pertandingan ini:

    • 24 Ogos 2024: My OPPO Space, Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur
    • 7 September 2024: My OPPO Space, Setia City Mall, Selangor
    • 14 September 2024: My OPPO Space, Sutera Mall, Skudai, Johor

    Untuk setiap pusingan, para peserta perlu melapor diri pada jam 10:30 pagi, kemudian pertandingan akan bermula pada jam 11:00 pagi.

    Setiap pendaftaran dan kehadiran ke acara ini akan menerima satu Magic Wheel Potion S secara percuma, manakala setiap pasukan yang menyertai pertandingan akan menerima 10,000 Diamonds.

    Pasukan yang memenangi setiap pusingan akan menerima lima unit OPPO Enco Buds2 dan peluang untuk bertanding di Peringkat Akhir pada 27-29 September 2024 di Sunway Velocity, Kuala Lumpur.

    Anda boleh daftarkan diri dalam laman web ini. Beritahu kami di Facebook jika anda akan menyertainya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured