More

    Pandang pertama Samsung Galaxy S24 Ultra – Akhirnya, skrin rata kini kembali dan banyak lagi

    Tidak lama selepas siri telefon pintar Samsung Galaxy S24 dilancar di Malaysia beberapa hari lalu, Samsung telah memberikan sebuah Samsung Galaxy S24 Ultra kepada kami untuk tujuan ulasan. Memandangkan kami baru sahaja menerima telefon ini, kami masih belum sempat untuk melaksanakan pengujian yang lebih menyeluruh seperti penanda aras (benchmark), bermain game dan lebih penting lagi, menguji pelbagai fungsi berdasarkan kecerdasan buatan (AI) yang diketengahkan oleh Samsung.

    Sungguh pun begitu, penulis TechNave Bahasa Inggeris ini masih ingin berkongsi pandangan pertamanya sepanjang beberapa jam beliau menggunakan peranti canggih ini. Berikut adalah catatan untuk pengalamannya tentang Samsung Galaxy S24 Ultra buat masa ini.

    Rekaan – Akhirnya, skrin rata dan… titanium?

    Seperti tahun lalu, rekaan Galaxy S24 Ultra dibezakan daripada Galaxy S24 standard dan Galaxy S24+ dengan bucunya yang lebih tajam dan skrin besar berukuran 6.8 inci dengan panel LTPO Dynamic AMOLED 2X, kadar segar semula 120Hz dan resolusi 1440×3088. Kecerahan puncaknya (peak brightness) kini boleh capai setinggi 2,600 nits, jauh lebih tinggi daripada 1,750 nits dalam Galaxy S23 Ultra.

    Sebuah kamera swafoto 12MP dalam lubang punch hole masih terdapat di bahagian atas skrin. Ia juga dibina dengan kaca Corning Gorilla Glass Armor untuk perlindungan calar dan retak yang lebih kukuh.

    Skrin Galaxy S24 Ultra yang boleh paparkan imej cantik
    Casis titanium pada Galaxy S24 Ultra
    Stilus S Pen boleh dimasukkan daripada bahagian bawah Galaxy S24 Ultra

    Ini pastinya adalah berita baik untuk mereka yang kerap menggunakan stilus S Pen, iaitu aksesori yang masih diletakkan dalam casis telefon ini. Bercakap tentang casis, ia kini dibina dengan bahan titanium untuk reka bentuk yang lebih ringan dan nipis daripada Galaxy S23 Ultra. Ia kini mempunyai ukuran 162.3 x 79 x 8.6mm iaitu lebih nipis sebanyak 0.3mm, serta berat 233 gram iaitu lebih ringan sebanyak 1 gram. Sungguh pun begitu, kapasiti baterinya masih sama iaitu 5,000mAh.

    Rekaan belakang Galaxy S24 Ultra masih tidak banyak berubah daripada Galaxy S23 Ultra. Walaupun dengan kamera telefoto periskop 50MP pada tahun ini, bonggol lensa dan susunannya masih sama. Ia masih mempunyai mutu buatan yang rasa kukuh, dengan rating kalis air dan debu IP68.

    Bonggol lensa yang masih sama dengan Galaxy S23 Ultra

    Lebih banyak fungsi baharu

    Selain daripada skrin 4K berukuran 6.8 inci, casis titanium dan kamera periskop 50MP, spesifikasi utama untuk telefon ini termasuklah cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3 dengan pelbagai fungsi berdasarkan AI. Antara fungsi menarik termasuklah Live Translate yang boleh menterjemahkan panggilan telefon dengan penutur bahasa berlainan. Ini pastinya akan memudahkan komunikasi jika anda bercakap dengan orang yang tidak bercakap bahasa sama, atau akan memudahkan anda sewaktu melancong ke luar negara.

    Buat masa ini, kami masih berada dalam proses mengulas Galaxy S24 Ultra, jadi kami akan kongsi lebih lanjut mengenai fungsi-fungsi AI lain dalam ulasan penuh nanti. Buat masa ini, anda boleh tonton video pendek untuknya terlebih dahulu.

    "
    "
    Fungsi Live Translate yang boleh menterjemahkan teks mesej secara automatik

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Galaxy S24 Ultra dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...