fbpx
More

    Panduan beli-belah gajet sempena Hari Raya: Tawaran hebat dari pelbagai jenama telefon pintar

    Jika anda merancang untuk membeli telefon pintar atau mana-mana peranti mudah alih, sekarang adalah masa yang sesuai kerana pelbagai syarikat elektronik sedang menganjurkan pelbagai promosi sempena musim perayaan. Kami telah mengumpulkan promosi-promosi tersebut dalam sebuah senarai untuk kemudahan anda membeli-belah pada waktu ini.

    Huawei – Pilih pakej ikut kesesuaian bajet anda

    Huawei Malaysia telah menawarkan sebuah promosi Huawei Together 2020 di mana pelanggan boleh memilih pakej yang merangkumi pelbagai peranti seperti telefon pintar, komputer riba, jam tangan pintar dan banyak lagi.

    Terdapat pelbagai pakej yang ditawarkan, daripada peranti kelas eksklusif hinggalah kelas permulaan, jadi anda hanya perlu pilih pakej yang sesuai dengan bajet anda. Malah, anda boleh membayarnya dengan pelan ansuran mudah serendah RM3.69 sehari.

    Samsung – Dapatkan hadiah menarik dengan Galaxy Raya Promotion

    Pelanggan Samsung Galaxy akan menerima pelbagai hadiah istimewa. Pelanggan yang membeli mana-mana siri Galaxy S20 akan mendapat kad microSD Samsung 128GB bernilai RM139 dan pad pengecasan wayarles bernilai RM239.

    Di samping itu, pelanggan siri Galaxy A dan Galaxy Lite yang layak akan mendapat jam tangan pintar Galaxy Fit atau Galaxy Fit-e. Pelanggan Galaxy Tab S6 pula akan mendapat earphone wayarles Galaxy Buds bernilai RM349.

    Dengan membeli daripada promosi ini, pelanggan juga boleh menyertai pertandingan Jimat, Snap & Menang di mana mereka berpeluang memenangi TV QLED 8K 65 inci dan pelbagai hadiah menarik. Tarikh tamat: 7 Jun.

    HONOR – Pelbagai promosi kilat (flash deals) untuk banyak peranti

    HONOR Malaysia menganjurkan Fantastik Raya Bersama, di mana pelanggan HONOR boleh membeli pelbagai produknya pada harga yang murah, seperti HONOR 9X dan HONOR 20, serta boleh mendapat banyak hadiah percuma. Terdapat juga sebuah game kecil di mana pelanggan boleh memotong harga sebuah produk sehingga RM0!

    Selain itu, HONOR juga menganjurkan promosi kilat untuk potongan harga yang lebih banyak dalam waktu yang pendek, serta baucar diskaun sehingga RM100. Tarikh tamat: 24 Mei.

    OPPO – Dapatkan pelbagai hadiah Raya istimewa berjumlah RM10 juta

    Pelanggan telefon pintar siri OPPO Reno, OPPO A dan OPPO Find X2 akan mendapat hadiah percuma berupa earphone wayarles Enco W31, Enco Free atau beg galas OPPO. Selain itu, OPPO A9 pula dijual pada harga yang lebih murah iaitu RM999.

    Selain itu, anda juga boleh menyertai cabutan bertuah setiap hari pada jam 8:00 malam sehingga 31 Mei, di mana anda boleh menangi pulangan tunai (cashback) 100% dan lain-lain hadiah. Tarikh tamat: 31 Mei.

    vivo – Beli telefon vivo dan anda berpeluang menangi kereta

    Sempena acara Terangi Rayamu Dengan vivo, sebarang pembelian telefon vivo yang layak akan membolehkan pelanggannya untuk menyertai peraduan khas di mana mereka berpeluang memenangi sebuah Perodua Bezza, pulangan tunai untuk pembelian produk vivo dan lain-lain hadiah berjumlah RM100,000. Tarikh tamat: 7 Jun.

    Kami akan mengemas kini panduan beli-belah ini dari semasa ke semasa. Beritahu kami di Facebook telefon pintar yang manakah anda ingin beli sempena promosi perayaan ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 10 VI dilancar: Telefon pertengahan dengan skrin OLED 21:9, SD 6 Gen...

    Selain melancarkan telefon pintar andalan Xperia 1 VI pada hari ini, Sony turut melancarkan telefon pintar kelas pertengahan Sony Xperia 10 VI....

    Sony Xperia 1 VI dilancar: SD 8 Gen 3, OLED 120Hz, kamera dengan zum...

    Sony telah melancarkan telefon pintar andalannya (flagship) yang terbaru iaitu Sony Xperia 1 VI. Seperti telefon-telefon Xperia 1 sebelum ini, ia mempunyai...

    Xiaomi Pad 6S Pro 12.4 dilancar di Malaysia: Skrin 3K 144Hz, bateri 10,000mAh, cas...

    Pada hari ini, Xiaomi Malaysia melancarkan Xiaomi Pad 6S Pro 12.4 iaitu sebuah tablet besar dengan skrin berukuran 12.4 inci dan boleh...

    Apple sekat lebih ~RM33 bilion dalam percubaan penipuan menerusi App Store

    Dalam tempoh empat tahun (2020-2023), Apple mengatakan bahawa mereka telah menghalang lebih $7 bilion (~RM33 bilion) dalam transaksi penipuan, menyekat 375,000 aplikasi...

    Ini adalah senarai ciri AI yang diumumkan pada acara Google I/O 2024

    Pada acara Google I/O, Google turut memperkenalkan beberapa kemas kini baharu pada Gemini AI. Terdapat versi Gemini 1.5 Flash baharu, Gemma 2,...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X