Beberapa hari yang lepas, terdapat sumber yang menyatakan bahawa telefon andalan terbaru Xiaomi, Xiaomi Mi 11 sedang menghampiri waktu pelancarannya pada ‘bulan hadapan’. Disebabkan sumber tersebut dimuat naik pada 30 November, ‘bulan hadapan’ yang diberitahu itu mungkin merujuk kepada bulan Disember ini bukannya bulan Januari.
Terbaru, terdapat sebuah lagi sumber yang menyatakan siri Xiaomi Mi 11 bakal dilancar pada bulan Disember ini. Tambahan lagi, sumber ini juga menunjukkan gambar panel kaca hadapan yang bakal digunakan oleh peranti Xiaomi Mi 11.

Panel kaca ini dilihat mempunyai empat sisi lengkung dengan bezel atas dan bawah yang simetrik. Jika sumber ini benar, kita akan dapat lihat reka bentuk Mi 11 yang penuh secara rasmi beberapa minggu lagi.
Untuk spesifikasi pula, Xiaomi Mi 11 bakal dilengkapi dengan cipset flagship terbaru Qualcomm, Snapdragon 888. Ia juga dikhabarkan akan hadir dengan skrin QHD+ 120Hz bersama kamera utama 50MP (atau 200MP?).
Nantikan berita lanjut mengenai peranti Xiaomi Mi 11 di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber : GSMArena






