More

    Panggilan akhir pra-tempah siri OPPO Reno14 & dapatkan hadiah eksklusif bernilai RM2,396

    OPPO Malaysia membuat panggilan terakhir untuk pra-tempahan (blind pre-order) bagi siri OPPO Reno14 yang akan dilancarkan secara rasmi pada 1 Julai di OOO Music Festival. Pelanggan yang membuat pra-tempahan awal berpeluang menikmati rebat sehingga RM200 serta hadiah percuma bernilai hingga RM2,396.

    Tempahan kini boleh dibuat di pautan ini dengan memberi peluang kepada peminat untuk memiliki peranti ini sebelum pelancarannya dengan ganjaran eksklusif. Siri Reno14 dilengkapi ciri AI canggih, termasuk sistem AI Flash Photography yang menghasilkan gambar jelas walaupun dalam keadaan gelap, serta AI LivePhoto 2.0 yang membolehkan pengguna Android berkongsi Live Photos terus ke Instagram dan TikTok.

    Ia juga tahan lasak dengan penarafan IP69, kalis air dan habuk. Ciri AI Editor 2.0 seperti AI Recompose dan AI Group Photo Composer menjadikan suntingan gambar lebih mudah dan profesional. Pada hari pelancaran, OPPO turut akan memperkenalkan aksesori menarik seperti sarung Gradient Blue Magnetic, bank kuasa Magnetik dan Crossbody Lanyard .

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured