More

    Pangkalan data Samsung digodam, pelbagai data sensitif peranti Galaxy dibocorkan

    Samsung telah mengesahkan bahawa sekumpulan penggodam (hackers) telah menceroboh pangkalan data syarikat Korea Selatan itu dan pelbagai data sensitif telah dicuri oleh mereka.

    Samsung tidak menyatakan nama kumpulan penggodam itu, namun sebuah kumpulan penggodam bernama Lapsus$ mengaku telah melakukan jenayah tersebut. Mereka membocorkan data sulit sebanyak 200GB, termasuk kod sumber (source code) untuk pelbagai teknologi Galaxy dan algoritma untuk penguncian biometrik.

    Seorang wakil Samsung menjelaskan bahawa data yang terjejas terdiri daripada data dalaman syarikat, namun tiada data peribadi melibatkan para pekerja atau pelanggan yang dibocorkan akibat godaman ini. Buat masa ini, syarikat itu tidak menjangkakan sebarang impak kepada operasi perniagaan atau pengalaman pelanggan mereka.

    Mereka juga mengatakan data yang dibocorkan itu turut melibatkan data sulit Qualcomm iaitu syarikat semikonduktor yang membekalkan cipset untuk peranti Samsung. Wakil Qualcomm mengatakan mereka bakal bekerjasama dengan Samsung untuk memahami skop godaman tersebut.

    Buat masa ini, Lapsus$ masih belum mengutarakan sebarang kehendak terhadap Samsung. Sebelum ini, kumpulan itu telah menggodam data syarikat semikonduktor Nvidia dan mengarahkan syarikat itu untuk mematikan Lite Hash Rate (LHR) yang akan membenarkan kad GPU Nvidia untuk digunakan sebagai lombong bitcoin.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: TechCrunch

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured