More

    Paris rasmi dipilih sebagai tuan rumah untuk kejohanan Esports World Cup 2026

    Esports World Cup 2026 secara rasmi akan berlangsung di Paris dari 6 Julai hingga 23 Ogos 2026 yang menandakan edisi pertama kejohanan itu dianjurkan di luar Riyadh sejak penubuhannya. Esports Foundation mengesahkan perpindahan lokasi adalah sebahagian daripada strategi pengembangan global jangka panjang bagi memperluaskan skala penganjuran EWC.

    Menurut EF, keputusan tersebut dibuat selepas penilaian operasi menyeluruh termasuk faktor situasi serantau semasa yang turut mempercepatkan peralihan EWC ke model pusingan global. Langkah ini juga bertujuan memberikan kestabilan kepada pemain, kelab esports, penerbit permainan dan rakan industri di seluruh dunia.

    Riyadh kekal sebagai hab utama dan “rumah” kepada EWC, namun Paris dipilih kerana statusnya sebagai pusat sukan, budaya dan hiburan global. EWC 2025 sebelum ini mencatat angka tontonan besar dengan lebih 750 juta penonton global, 350 juta jam tontonan dan kemuncak hampir 8 juta tontonan serentak menjadikannya antara acara e-sukan paling ditonton di dunia.

    Untuk edisi 2026, penganjur menyasarkan lebih 2,000 pemain, 200 kelab dan penyertaan dari lebih 100 negara membabitkan 24 judul permainan dan 25 kejohanan kompetitif dengan jumlah hadiah melebihi AS$75 juta. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...