More

    Pasport Malaysia kini ke-12 terkuat di dunia, benarkan akses ke 182 negara tanpa visa

    Menurut senarai terbaru daripada Henley Passport Index yang menilai kekuatan pasport setiap negara, mereka menyenaraikan pasport Malaysia sebagai ke-12 terkuat dalam dunia dan membenarkan warganegara Malaysia untuk melawat 182 negara tanpa perlu memohon visa.

    Ranking ke-12 itu merupakan peningkatan daripada senarai tahun lepas yang meletakkan Malaysia pada tangga ke-14. Ini juga membuatkan pasport Malaysia sebagai kedua terkuat dalam rantau Asia Tenggara, selepas Singapura.

    Ranking pasport Malaysia dalam Henley Passport Index

    Negara jiran itu masih mengekalkan kedudukan mereka sebagai pasport paling kuat, membenarkan warganegaranya untuk melawat 195 negara tanpa visa. Jika dilihat pada benua Asia, pasport Malaysia merupakan keempat terkuat, selepas Singapura, Jepun dan Korea Selatan.

    Jika dilihat dalam kalangan negara-negara majoriti Islam pula, pasport Malaysia adalah yang kedua terkuat, selepas Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang berada di tempat kesembilan dan membenarkan warganegaranya untuk melawat 185 negara tanpa visa.

    Sebagai rekod, tempat tertinggi yang pernah dicatat oleh pasport Malaysia adalah tangga kelapan pada 2014. Rankingnya kemudian turun dalam tahun-tahun berikutnya dan kini berada di tangga ke-12.

    Rekod kekuatan pasport Malaysia dalam tahun-tahun lalu

    Perlu diingati bahawa dalam kalangan 182 negara yang tidak memerlukan visa daripada warganegara Malaysia, sesetengah daripadanya masih memerlukan anda untuk melengkapkan pendaftaran dalam talian sebelum sampai ke negara tersebut. Sebagai contoh, Australia memerlukan setiap rakyat Malaysia yang ingin melawatnya untuk mendaftarkan diri dalam Electronic Travel Authority (ETA).

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Henley Passport Index

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...