More

    Pasport Malaysia kini ketiga terkuat di dunia, lebih kuat berbanding Jepun, Amerika Syarikat

    Laman web Passport Index telah menerbitkan laporan Global Passport Power Rank 2025 yang menyenaraikan pasport-pasport terkuat di dunia dan mereka meletakkan Malaysia sebagai pasport ketiga terkuat dalam senarai tersebut.

    Untuk tujuan pelancongan atan lawatan singkat, pasport Malaysia membenarkan warganegaranya untuk masuk ke 128 negara tanpa memerlukan sebarang visa dan mendapatkan visa sewaktu mendarat (visa on arrival) di 46 negara. Warganegara Malaysia hanya perlu mendapatkan visa daripada 24 negara sahaja.

    Ini bermaksud warganegara Malaysia boleh masuk terus ke dalam 128 negara tanpa memerlukan pendaftaran visa di pejabat-pejabat kedutaan. Untuk 46 negara yang memerlukan visa sewaktu mendarat, ia boleh didapati di kaunter imigresen negara-negara tersebut sewaktu memasuki sempadannya.

    Dengan kemudahan tersebut, ia memberikan markah Mobility Score sebanyak 174 dan meletakkan pasport Malaysia setaraf dengan Korea Selatan, Jerman, Perancis, Belgium, Belanda, Finland, Luxembourg, Itali, Denmark, Portugal, Switzerland, Greece, Austria, Norway dan Ireland.

    Ini juga menjadikan pasport Malaysia sebagai pasport kedua terkuat di Asia. Ia hanya diatasi oleh pasport Singapura yang berada di tempat kedua.

    Jika dilihat pada negara majoriti Muslim pula, Malaysia turut mempunyai pasport yang kedua terkuat. Ia diatasi oleh pasport Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang merangkul tempat pertama dalam senarai ini.

    Jika dilihat pada rangking pasport secara berasingan, Malaysia berada di tangga ke-16.

    Lebih menarik, pasport Malaysia berjaya mengatasi kekuatan pasport negara yang maju seperti Amerika Syarikat, Jepun, Australia, United Kingdom dan Kanada.

    "
    "

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Passport Index

     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured