More

    Pasukan Dota 2 Malaysia juarai pertandingan antarabangsa APAC Predator League 2025, raih ~RM294,000

    Dalam pertandingan e-sukan antarabangsa Asia Pacific (APAC) Predator League 2025 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada hari minggu lalu, pasukan Malaysia Myth Avenue Gaming telah muncul sebagai johan keseluruhan dalam game Dota 2 dan memenangi hadiah wang tunai berjumlah USD65,000 (~RM294,000).

    Mereka menewaskan pasukan dari negara-negara Asia lain seperti Helios (Indonesia), Ivory (Filipina) dan 123 Gaming (Mongolia). Dalam pusingan akhir Dota 2 Grand Finals, Myth Avenue Gaming menewaskan Helios dengan markah selesa 2-0, lantas menjadikan mereka pemenang dan mengangkat perisai Predator Shield di hadapan para hadirin sebagai simbol kemenangan.

    Seorang ahli Myth Avenue Gaming, Bob King, diiktiraf sebagai Intel MVP kerana memaparkan persembahan yang sangat mengagumkan dan membawa pulang USD10,000 (~RM45,100) sebagai hadiah tambahan.

    Myth Avenue Gaming muncul juara dan mengangkat perisai Predator Shield
    Bob King diiktiraf sebagai Intel MVP

    Untuk game VALORANT pula, pasukan Xipto Esport yang mewakili Malaysia mendapat tempat ke-empat dan membawa pulang wang tunai sebanyak USD7,500 (~RM33,900). Game tersebut dimenangi oleh pasukan Alter Ego (Indonesia), diikuti oleh ZOL Esports (Filipina) di tempat kedua dan Crest Gaming Zst (Jepun) di tempat ketiga.

    Selain mempertandingkan dua game popular ini, APAC Predator League turut menganjurkan pelbagai persembahan oleh penyanyi 2NE1 dari Korea Selatan, G22 dari Filipina serta dua bintang tempatan, Aina Abdul dan Hael Husaini. Mereka turut mengadakan pertandingan Cosplay Competition yang memaparkan bakat cosplayer tempatan dan menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM25,000.

    Cosplay Competition dimenangi oleh Vinca Kazuki (sebagai Valkia the Bloody daripada Warhammer: Age of Sigmar), Mak (sebagai Thanatos daripada Persona 3) dan Saiful SS Prop (sebagai S.I.C. Amazon Alpha).

    Peserta Cosplay Competition
    Salah satu pemenang Cosplay Competition bawa pulang hadiah RM6,899

    Acer mengumumkan bahawa Predator League edisi seterusnya akan dianjurkan di India. Beritahu kami di Facebook jika anda akan mengikuti perkembangan e-sukan ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured