More

    Pasukan MAG dan Unsigned5 akan wakili Malaysia dalam pertandingan APAC Predator League 2025

    Pusingan kelayakan Predator League 2025 Malaysia Qualifier Finals telah melabuhkan tirainya semalam dan menyaksikan dua pasukan, Myth Avenue Gaming (MAG) dan Unsigned5, menjadi juara dalam kategori masing-masing serta bakal mewakili Malaysia dalam pertandingan e-sukan antarabangsa APAC Predator League 2025.

    Pasukan MAG menjuarai kategori DOTA 2 dalam pusingan akhir menentang pasukan Odd Taxi, dengan keputusan 3-0. Sebelum ini, pasukan itu mencatatkan kemenangan berturut-turut dalam pusingan awal dan separuh akhir.

    Dalam kategori VALORANT pula, Unsigned5 muncul juara selepas bersaing sengit dengan pasukan Todak. Mereka mencatatkan markah 1-1 selepas dua pusingan, namun Unsigned5 berjaya muncul juara dengan markah akhir 3-1 selepas bertarung selama tiga jam.

    Setiap pasukan yang memenangi pertandingan ini bakal menerima hadiah bernilai RM20,000, terdiri daripada wang tunai RM10,000 dan pelbagai produk Acer Predator bernilai lebih RM11,000.

    Sementara itu, pasukan naib juara memenangi hadiah bernilai RM12,000, termasuklah wang tunai RM8,000.

    Empat pasukan bakal mewakili negara dalam APAC Predator League 2025 iaitu MAG, Odd Taxi, Unsigned 5 dan Grills Gaming. Ia bakal berlangsung pada 11-12 Januari 2025 di Malaysia, dan akan menyaksikan pasukan serantau dari 14 negara untuk memenangi Predator Shield dan hadiah utama bernilai USD400,000.

    Jika anda berminat untuk menyaksikan pertandingan ini secara langsung, anda boleh beli tiket di laman web ini.

    Tahniah kepada semua pasukan dan kami berharap anda bakal menjuarai pertandingan antarabangsa ini pada tahun hadapan. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan pertandingan ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured