More

    Pasukan Malaysia menangi piala MLBB Mid Season Cup di Arab Saudi, bawa pulang RM4.7 juta

    Pasukan Selangor Red Giants telah melakar sejarah dalam industri e-sukan negara selepas muncul juara dalam pertandingan antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) Mid Season Cup (MSC) di Riyadh, Arab Saudi semalam. Mereka merupakan pasukan Malaysia pertama yang memenangi pertandingan tersebut, menewaskan pasukan lain dari pelbagai negara seperti Singapura, Filipina dan banyak lagi.

    Dalam perlawanan akhir, Red Giants menewaskan pasukan Filipina, AP.Bren, dengan keputusan akhir 4-3 dalam format tujuh pusingan (best-of-seven). Berkat daripada kejayaan tersebut, Red Giants membawa pulang hadiah wang tunai USD1 juta (~RM4.66 juta).

    Salah seorang pemain Red Giants, Haqqullah Ahmad Shahrul Zaman atau lebih dikenali dengan nama timangan Sekysss, yang berumur 18 tahun telah dinobatkan sebagai pemain paling bernilai (MVP) dalam perlawanan akhir. Ini merupakan pertandingan antarabangsa yang pertama untuknya.

    Dengan kemenangan ini, Red Giants menamatkan kemarau industri e-sukan Malaysia yang tidak menyaksikan sebarang kemenangan antarabangsa sejak tujuh tahun lepas. Mereka turut menerima ucapan tahniah daripada Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi di atas kejayaan tersebut dan berharap ia akan memberi inspirasi kepada lebih ramai atlet e-sukan profesional tempatan.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured