More

    Pasukan Malaysia menangi tempat ke-3 dalam PUBG Mobile Super League Asia Tenggara

    Dalam pertandingan e-sukan antarabangsa PUBG Mobile Super League (PMSL) SEA Spring 2025 yang berlangsung di IOI City Mall Putrajaya pada hari minggu lalu, pasukan CelcomDigi Alliance yang mewakili Malaysia berjaya meraih tempat ketiga selepas memberi saingan sengit dalam pusingan Grand Final.

    Satu lagi pasukan dari Malaysia, SEM9, mendapat tempat kelima dan menunjukkan tahap tertinggi yang baharu dalam perjalanan PUBG Mobile Super League mereka.

    Pasukan dari Vietnam, D’XAVIER (dalam gambar di atas), muncul sebagai juara keseluruhan dengan memenangi pusingan Grand Final. Pertandingan ini menyaksikan ribuan penyokong yang datang dari pelbagai negara Asia Tenggara bagi menyokong pasukan kegemaran mereka.

    Ia turut dihadiri oleh beberapa individu ternama, seperti Timbalan Menteri Belia dan Sukan YB Tuan Adam Adli, Presiden Persekutuan Sukan Malaysia (MESF) Muhammad Naim Al Amin Saharudin, kugiran Masdo dan gamer terkenal Soloz.

    Sepanjang tempoh tiga hari pertandingan ini, 16 pasukan terbaik dari Asia Tenggara bersaing untuk memenangi hadiah berjumlah USD200,000 dan peluang untuk bertanding dalam PUBG Mobile Global Open yang akan berlangsung di Uzbekistan pada tahun ini.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured