More

    Paten baru HUAWEI tunjuk telefon pintar lipat dengan stilus dan skrin kedua

    Paten terbaru dari HUAWEI telah muncul atas talian yang menunjukkan sebuah telefon pintar lipat yang hadir dengan stilus dan skrin kedua. Ini mungkin jawapan HUAWEI kepada pesaingnya Samsung Galaxy Z Fold 2 yang dilancarkan baru-baru ini. Paten ini juga dilihat seperti HUAWEI Mate X2 yang tertiris beberapa hari yang lepas.

    Reka bentuk telefon pintar lipat ini mempunyai lubang untuk stilus dan skrin kedua bersebelahan dengan skrin utamanya yang mengikut reka bentuk lipatan dalam peranti ini.

    Melihat kepada gambar dengan butiran lanjut dari LetsGoDigital, bezel yang ada pada skrin utama adalah nipis termasuk yang ada sebelah skrin kedua. Skrin kedua ini adalah nipis dan panjang yang menutupi seluruh bahagian kiri peranti ini. Ia juga akan mempunyai dua potongan lubang untuk dua kamera swafoto. Pada bahagian belakang pula, ia hadir dengan empat kamera dengan reka bentuk berbaris ke bawah. Tiada butang dapat dilihat pada peranti ini dan ini mungkin mencadangkan kegunaan skrin kedua sebagai pengawalan ciri asas.

    Walau bagaimanapun, ini hanyalah sebuah paten dan bukannya produk yang disahkan akan masuk ke pasaran. Nantikan berita yang lanjut mengenai peranti ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Acer Swift Air 14 rasmi di Malaysia dengan Intel Core 7 350, berat 1.19kg...

    Acer Malaysia secara rasmi membawa masuk komputer riba baharu Acer Swift Air 14 ke pasaran tempatan. Model nipis dan ringan ini ditawarkan...

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured