More

    Paten vivo baharu menunjukkan telefon dengan mekanisme gelongsor

    Berdasarkan sebuah paten baru daripada vivo, syarikat itu mungkin akan membina sebuah telefon pintar yang mempunyai mekanisme bergelongsor. Menurut sebuah rekod paten, paten tersebut didaftarkan di bawah nama Weiwo Communication Private Limited iaitu nama lain untuk vivo Mobile.

    Daripada paten tersebut, gerakan gelongsor itu mungkin akan menyembunyikan lampu kilat LED untuk kamera belakang. Mungkin juga gerakan tersebut akan memberikan akses pantas kepada kamera, namun itu hanyalah tekaan kami.

    Mungkin juga aksi gelongsor akan menyembunyikan kamera hadapan, jadi vivo boleh mendedikasikan paparan sepenuhnya untuk imej yang dihasilkan tanpa gangguan takuk notch atau lubang punch hole, seperti yang boleh dilihat pada bahagian hadapan paten tersebut.

    Namun perlu diingati bahawa pendaftaran paten tidak semestinya bermakna vivo akan menghasilkannya. Kongsi pendapat anda tentang paten ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Apple diperintah bayar RM23.8 bilion kepada Taptic Engine kerana tiru paten

    Mahkamah di Amerika Syarikat memutuskan Apple perlu membayar $5.7 bilion (~RM23.8 bilion) kepada Taction Technology kerana melanggar paten berkaitan perkakasan Taptic Engine....

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured