More

    Pautan “scam” menyamar sebagai bantuan SARA RM100 – Jangan klik!

    Orang ramai diingatkan agar berwaspada dengan pautan palsu yang menyamar sebagai portal rasmi kerajaan dan mendakwa menawarkan bantuan tunai RM100 di bawah inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Bagi mengelirukan pengguna, pautan-pautan palsu ini menggunakan elemen visual rasmi seperti logo Malaysia MADANI dan Bersama Malaysiaku termasuk laman seperti “BantuanNegara.com” dan variasinya.

    Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital menasihati orang awam supaya tidak mempercayai mana-mana pautan yang tidak berakhir dengan domain rasmi kerajaan “.gov.my” serta tidak memasukkan maklumat peribadi di mana-mana laman luar yang mencurigakan. Tambahnya, bantuan RM100 SARA tidak memerlukan sebarang permohonan.

    Bayaran akan dikreditkan secara automatik terus ke MyKad bagi warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas. Oleh itu, sebarang laman web yang memerlukan pendaftaran, log masuk atau perkongsian data adalah berpotensi sebagai penipuan.

    Pihak berkuasa telah mengambil tindakan menyekat akses kepada laman palsu tersebut dan menyeru orang awam untuk terus melaporkan aktiviti scam ke talian khas 997 yang diuruskan oleh pasukan siber polis. Pihak kementerian juga menasihati supaya orang ramai tidak menyebarkan atau berkongsi semula pautan palsu di media sosial agar tidak membantu menyebarkan scam secara tidak sengaja.

    Sikap berhati-hati dan celik digital amat penting dalam melindungi data peribadi dan kewangan pengguna. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     
    10 top hit harian

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...