More

    PDRM: Berhati-hati dengan penipuan mendakwa beri bantuan PRU15 RM500 melalui TnG eWallet

    Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan penipuan baharu yang mengambil kesempatan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Ia melibatkan pemberian bantuan RM500 melalui pautan Touch ’n Go eWallet palsu yang dikongsi melalui SMS.

    Di bawah penipuan itu, mangsa akan menerima pemberitahuan bantuan RM500 yang diberikan kepada orang ramai yang menyokong Barisan Nasional (BN) dan mangsa akan diminta membuat pengesahan identiti menggunakan pautan tersebut. Namun, pautan tersebut bukanlah pautan Touch ‘n Go rasmi tetapi halaman yang mengambil data pengguna secara haram.

    Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Beh Eng Lai menegaskan Touch ‘n Go tidak akan menghantar sebarang mesej atau notis kepada pengguna. Beliau turut menamabah ia adalah pautan palsu kerana terdapat ’emy.top’ di hujung pautan jelas menunjukkan bahawa ia bukan pautan sebenar tetapi pastinya penipuan dalam talian yang dijalankan oleh sindiket. 

    Oleh itu, Beh menggesa orang ramai untuk tidak mengklik mana-mana pautan mencurigakan yang dikongsi melalui SMS. Sebelum ini, media sosial kecoh apabila seorang individu mendakwa menjadi mangsa penipuan tersebut. Individu itu didakwa kerugian RM1,950 selepas mengakses pautan Touch ’n Go palsu yang diterima melalui SMS.

    Sebagai pengguna, anda perlu hubungi pihak rasmi untuk memastikan mesej yang diterima adalah benar. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Bernama

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...