More

    PDRM dan Whoscall tawarkan 1 juta akaun Premium percuma untuk bantu anda kenal pasti “scammer” dengan lebih tepat

    Aplikasi pengecaman scammer Whoscall telah bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyediakan 1 juta akaun Whoscall Premium secara percuma bagi membantu lebih ramai rakyat Malaysia untuk mengelakkan diri mereka daripada menjadi mangsa kepada sebarang bentuk penipuan dalam talian.

    Nilai 1 juta akaun Whoscall Premium itu mencecah RM87 juta dan setiap pengguna akan menikmati pelbagai ciri-ciri anti-penipuan seperti ID Pemanggil (Caller ID), Sekat Panggilan Spam Secara Automatik (Auto Spam Calls Block), Kemas Kini Pangkalan Data Secara Automatik (Auto Update Database), Panggilan ID WhatsApp (Auto WhatsApp Caller ID) dan Pengimbas URL (URL Scanner) tanpa sebarang iklan.

    Anda boleh dapatkan akaun Whoscall Premium secara percuma selama satu tahun sebelum 31 Mac 2024 melalui laman web Whoscall dan gunakan kod promo “PDRMLawanScams”.

    Kerjasama PDRM dan Whoscall ini diumumkan dalam Karnival Scam-Free Malaysia yang turut disertai oleh agensi-agensi kerajaan seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Pusat Respons Scam Kebangsaan, CyberSecurity Malaysia (CSM) dan Bank Negara Malaysia serta syarikat-syarikan perbankan dan telekomunikasi.

    Ketua Pegawai Operasi Whoscall, Manwoo Joo, berkata kerjasama Whoscall dengan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) PDRM telah menurunkan kadar menjawab panggilan penipuan sebanyak 50% antara Januari hingga November 2023. Pada masa yang sama, 41% nombor penipuan dalam talian yang dikenal pasti oleh JSJK telah disekat oleh pengguna Whoscall.

    Layari laman Facebook Whoscall atau TikTok Whoscall untuk maklumat lanjut mengenai aplikasi anti-penipuan ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured