More

    PDRM gesa rakyat untuk jangan terpedaya dengan pelbagai “scam” baru di WhatsApp

    Jabatan Siasatan Jenaya Komersil Polis Diraja Malaysia (JSJK PDRM) dan Jabatan Hal Ehwal Awam, Angkatan Polis Singapura menasihati rakyat untuk berhati-hati dengan dua jenis scam baru di dalam WhatsApp, di mana pihak scammer akan menyamar sebagai kenalan mangsa dan menghantar pelbagai jenis mesej kepada mangsa, seperti mesej yang meminta “kod pengesahan” (verification code) enam digit daripada mangsa.

    Selain itu, scammer juga akan membuat panggilan kepada mangsa dengan menyamar sebagai pihak sokongan rasmi (support staff) WhatsApp dan memperdayakan mangsa dengan pelbagai tipu helah untuk mendapatkan “kod pengesahan” enam digit daripada mangsa. WhasApp sudah pun menjelaskan bahawa mereka tidak akan meminta pengguna untuk berkongsi sebarang kod pengesahan.

    Taktik yang lebih licik pula melibatkan scammer menggodam akaun WhatsApp pengguna dengan menggunakan PIN asal yang disediakan oleh pemberi perkhidmatan telekomunikasi. Melalui cara ini, scammer boleh menghalang mangsa daripada mengakses akaun WhatsApp mereka sendiri.

    Berikut adalah beberapa langkah asas agar pengguna WhatsApp tidak menjadi mangsa scam dalam WhatsApp:

    • Jangan berkongsi kod pengesahan WhatsApp kepada sesiapa pun
    • Berhati-hati dengan permintaan aneh di dalam WhatsApp, walaupun jika permintaan tersebut dihantar oleh kenalan anda
    • Hidupkan pengesahan dua langkah (two-step verification) untuk keselamatan yang lebih kukuh. Anda boleh hidupkan fungsi ini di Tetapan > Akaun > Pengesahan Dua Langkah. Jika anda menggunakan WhatsApp dalam Bahasa Inggeris, ia boleh diakses di Settings > Account > Two-step verification.
    • Tukar nombor PIN akaun voicemail untuk elakkan ia disalah guna oleh scammer. Jika anda tidak mengetahuinya, hubungi syarikat telekomunikasi anda untuk mematikannya.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured