More

    PDRM catat kerugian RM2.5 juta akibat penipuan dalam WhatsApp dan Telegram pada 2023

    Jumlah kerugian sebanyak RM2.5 juta dicatatkan pada tahun 2023 berkaitan dengan kes penipuan melalui aplikasi sosial. Jumlah ini melibatkan sebanyak 494 kes yang terlibat dengan penipuan melalui aplikasi sosial seperti WhatsApp, Telegram dan Facebook yang melibatkan kes penyamaran identiti sebagai kenalan.

    Selain itu, perkongsian yang sama juga menunjukkan sebanyak 50 kes yang telah direkodkan dengan kerugian melebihi RM200,000 sehingga minggu lalu iaitu pada 20 Januari 2024. Angka ini berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui kemas kini pada 21 Januari 2024 yang dimuat naik melalui halaman Facebook rasminya.

    Selain itu, beliau menyatakan bahawa modus operandi yang digunakan adalah menggodam akaun telegram/WhatsApp mangsa, kemudian menghubungi senarai rakan dalam kenalan untuk meminjam wang. Mangsa dikatakan hanya menyedari perkara ini apabila akaun aplikasi sosial mereka tidak dapat diakses.

    Oleh itu, PDRM menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati dalam menangani mesej palsu ini sambil menekankan untuk memeriksa dengan menghubungi kenalan tersebut untuk tujuan pengesahan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured