More

    PDRM nasihati rakyat agar tidak membuang bungkusan barang secara sewenang-wenangnya

    Dengan peningkatan pembelian secara atas talian pada tahun ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihati rakyat agar tidak membuang bungkusan barang yang telah diberi secara atas talian sewenang-wenangnya, kerana pihak tidak bertanggungjawab boleh memperoleh data peribadi anda daripada bungkusan tersebut dan menggunakan maklumat tersebut untuk menipu anda.

    PDRM merujuk kepada sebuah video yang telah tular di mana seorang suspek memperoleh maklumat peribadi mangsa termasuklah nombor telefon dan alamat rumah daripada bungkusan yang telah dibuang ke dalam tong sampah di tempat awam. Suspek kemudian menghubungi mangsa dengan nombor telefon berlainan serta menyamar sebagai pekerja syarikat penghantaran dan melawat rumah mangsa, kononnya mangsa perlu membayar wang untuk mendapatkan barang yang telah dipesan.

    Setakat ini masih tiada laporan polis berkaitan kes-kes sebegini, namun polis menasihati rakyat untuk berwaspada daripada menjadi mangsa kepada jenayah seperti ini. PDRM menasihatkan pembeli barang atas talian untuk membuang semua bungkusan mereka secara selamat bagi mengelakkan maklumat peribadi mereka daripada disalah gunakan. Selain itu, usah membuat pembayaran sewenang-wenangnya jika terdapat seorang penghantar barang yang mengatakan pembayaran perlu dibuat sebelum pakej boleh dihantar.

    TechNave berharap para pembaca akan berhati-hati apabila membeli-belah secara atas talian. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured